5 Ogos 2011

KADANG-KADANG YANG MENJATUHKAN PEREMPUAN ADALAH SEORANG PEREMPUAN JUGAK .

Am I right? Yang suka bergosip siapa? Perempuan kan? Yang suka bercerita hal orang siapa? Perempuan kan? Yang suka jaga tepi kain orang siapa? Perempuan jugak kan? Yang mulut kadang kadang macam puaka siapa? ya. perempuan lagi dan lagi dan lagi? Eh. Lelaki lembut pon kadang kadang mulut puaka jugak. Haha. eloksangatlahtu.

"apa kau pandang! kau belum kena dengan mulut puaka mak ni nyah"

Jujur aku katakan. Aku suka jugak bergosip dulu, kini dan selamanya.puii! tak nak sampai selamanya. cukup lah, tak tertanggung dosa mengata orang selama ni.. Kenapa ye jadi perempuan ni suka sangat tak puas hati dengan orang lain? Walhal perempuan tu dicipta sangat istimewa dengan cara masing masing dan mempunyai kecantikan tersendiri. Tak kira lah sehodoh mana pon diri awak, tetap ada yang memandang awak cantik. trust me! Allah mencipta hambanya sebaik baik kejadian. Kebanyakkan yang jadi anon dan serang blog orang adalah perempuan. Jarang kita dengar ada lelaki sesama lelaki bergaduh sebab kena serang dengan anon kat blog. kalau ada pon sikit sangat. ishh. ke memang tak ada.

mengata dalam blog boleh la. ajak masuk gelanggang tengok :p

kalau perempuan tu cantik ke, suka tayang boyfriend ke, suka tempek gambar banyak banyak dalam blog ke. ada follower juta juta lemon ke. aku suggestkan kau pasang m16 supaya langkah berjaga jaga kena serang. sebab ada perempuan tak boleh orang lebih dari dia. kemon lah perempuan comel. tak cute tau buat perangai cenggini. nasib baik lah aii ada engkau yang badan ketul ketul tu boleh datang tolong. tapi kalau dia busy dengan mamber dye ??tak ke meroyan aii bile kena maki sorangsorang?? haha. *apa motif cerita kau erynna?* nak bagi MELODI baca supaya timbul kontrovesi antara aku dah dye. aww! aww! mesti sweet kan? (see? ini jugak perangai perempuan yang suka syok sendiri)

makcik ni berbisik. "I ada m16, you apa ada? apa pon tak boleyy"

Back to the topic! yang suka buat kecoh dengan kelebihan orang tu adalah perempuan kebanyakkan nya. Bukan lah nak buka aib kaum sendiri. But then, tak buka aib pon memang kita sendiri yang dah terbuka pekung di dada, buat kecoh sana sini kan? Tapi kami tetap comel begini *haha. Haruslah puji, mana boleh aku kutuk kaum aku sendiri*

Walaupon kami sedikit menggelabah dalam soal ini.haha. tapi ini menyerikan dunia blogging. Puiiii! Alasan tak boleh terima langsung. Ok serious. Pada pandangan aku sendiri lah, kita sesama perempuan tak perlu lah nak serang serang macam ni. Bila awak tu perempuan, awak sepatutnya lebih faham seorang perempuan yang lain. 

Bila ada blogger yang cantik gila, awak cakap dia jual muka kat blog sebab tu boleh femes. mungkin kecantikan dia tu satu bonus untuk dia. bila ada blogger femes dengan penulisan dia, awak cakap tak ilmiah. mungkin penulisan tak ilmiah tu yang orang suka baca. why not, awak learn something dari apa yang orang buat. jangan tahu mengutuk orang lain, judge orang lain.senang kata sebelum buat apa apa cuba letakkan diri awak di tempat orang tu. kalau memang dah rasa annoying matmat tak boleh blah sangat dengan kak bedah tu , the simplest way adalah ingnore! ya. tak payah ambik tahu. 

muka perempuan kalau marah memang kuit macam ni =.=' no wonder lah
ada lelaki suka kena marah hari hari. haha

Perempuan tu dicipta sebagai seorang yang cukup lemah lembut. Jangan hilang kan itu dari diri awak. Nasihat untuk aku jugak. kbai. Oh ya, btw. Aku bukan lah perempuan ayu ayu lemah lembut duduk simpuh tu. cuma aku selalu feeling2 cute dengan cara begitu..wakluu erynna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan